BREAKING NEWS

Doktor Tak Dapat Cari Punca; Sakit Zarul Sebelum Konsert Gegar Vaganza Undang Tanda Tanya!



Kalau ada yang sedar semalam semasa Nabil dan Jihan memperkenalkan peserta Gegar Vaganza 2016 pada awal konsert semalam, meski nama Zarul Umbrella disebut yang terakhir, namun Zarul tidak muncul di hadapan pentas.

Rupa-rupanya, Zarul yang mendendangkan lagu Fantasi Musim Cinta hingga layak mara ke pentas separuh akhir musim ketiga Gegar Vaganza (GV berdepan insiden cemas apabila tiba-tiba rebah, dua jam sebelum konsert malam tadi.

Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 43, memberitahu dia terpaksa dikejarkan ke hospital kira-kira jam 6.45 petang semalam apabila perutnya tiba-tiba sakit.

"Saya rasa sakit pada bahagian perut ketika berlatih. Malah, saya seperti kurang sedar dengan kejadian itu dan dibawa ke hospital.

"Doktor tidak dapat mengesahkan punca sebenar kesakitan itu. Saya meminta izin untuk kembali ke GV dan diberikan ubat tahan sakit.

"Kekuatan saya pada ketika ini adalah penyokong. Saya tidak sampai hati untuk mengecewakan mereka dengan menarik diri. Biarpun menahan sakit, namun saya mencari kekuatan dengan semangat peminat," katanya kepada BH Online.


Ramai pula peserta Gegar Vaganza 2016 ini yang sakit tiba-tiba, pengsan belakang pentas dan sebagainya. Yang kena tu yang menyanyi best dan duduk ranking atas pula tu! Harap-harap tak adalah insiden dengki, khianat yang bermain dengan perkara syirik, khurafat dna mistiklah ya. Bersainglah secara sihat!

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20