BREAKING NEWS

Azharina Juara Gegar Vaganza 2016



Lagu milik Nike Ardilla berjuudl Izinkanlah dan Mama Aku Ingin Pulang ternyata merupakan paduan kombinasi yang cukup senada dengan vokal mantap Azharina. Persembahan Mama Aku Ingin Pulang yang cukup beremosi sehingga menitiskan air mata Hetty Koes Endang selaku juri juga menghantar sebak kepada Jihan Muse sebagai pengacara pada pentas final Gegar Vaganza 2016 itu sendiri sudah menjadi suatu simbloik bahawa kemenangan akan berpihak kepada pemilik nama Azharina Azhar.

Malam akhir, malam minggu ke-8 Gegar Vaganza 2016 akhirnya membuktikan Azharina masih relevan dalam industri seni suara tanah air. Tampil berbusana hitam dalam kedua-dua persembahan, dalam pusingan battle Azharina membawakan lagu hit Siti Sarah berjudul Kesetiaan.

Tinggal dua bersama Siti Sarah apabila nama-nama pemenang bermula tempat keenam hingga ketiga diumumkan, kedua-dua wanita itu sudahpun membuktikan kehebatan vokal dan persembahan dalam seleksi lagu-lagu yang dibawakan sepanjang lapan minggu ini. 

Dan saat yang dinanti-nantikan mengambil ruang, wajah Azharina terpampang di skrin dengan iringan muzik lagu hit miliknya Elergi Sepi pantas mengalirkan air mata pada pipi wanita ini lantaran terharu dengan rezeki kemenangan yang berpihak kepadanya dalam Gegar Vaganza 2016 yang bersiaran buat edisi ke-3 ini.

Tahniah, Azharina! Anda memang hebat!

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20