Tajuk entry bukan main panjang benor, nasiblah korang yang membacanyerrr. Hahaha. Nak dijadikan cerita ramai juga yang kata drama Awak Sangat Nakal lakonan Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad ni kurang menjadi. Tak sehebat Suri Hati Mr. Pilot! Ada juga mulut-mulut yang bercerita, katanya ini sebab tak ada chemistry antara Sharnaaz dan Ayda! Betul ke??
Ayda berkata, ia bukan mudah untuk mengatasi drama yang kuat sambutannya.
Ayda juga menolak, perkara itu disebabkan kurang keserasian antara dia dan gandingannya aktor Sharnaaz Ahmad dalam membawa watak sebagai pasangan kekasih.
"Saya tidak tahu daripada segi ratingnya, tapi secara jujur kalau ada drama yang lebih kuat sebelum drama kita memang susah sikit untuk bersaing. Promosi kena betul-betul kuat.
"Namun saya sangat berpuas hati daripada segi lakonan kerana semua pelakon memberikan lakonan 200 peratus," ujarnya kepada mstar online.