Siapa yang boleh lupa paduan gemersik vokal Tan Sri SM Salim dan Dato Siti Nurhaliza mengalunkan lagu Pandang Pandang Jeling Jeling yang begitu hits suatu masa dulu.
Terkini, biduan negara, Tan Sri SM Salim, 88, kini berada dalam keadaan nazak akibat sakit tua. Anaknya, Shamsul Salim, 51, berkata, ayahnya menunjukkan kesukaran bernafas kira-kira pukul 10 malam Selasa dan diberi alat bantuan pernafasan sehingga pukul 4 petang Rabu.
�Alat bantuan pernafasan sudah dibuka pada pukul 4 petang tadi (Rabu) dan ayah boleh bernafas macam biasa namun dia tidak sedar diri dan dalam keadaan tenat.
"Semua ahli keluarga sudah dimaklumkan mengenai hal ini,� katanya ketika dihubungi mStar Online lewat petang Rabu.
Tambah Shamsul, doktor yang dipanggil ke rumah untuk merawat ayahnya juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana keadaan penyanyi itu yang terlalu uzur selain usianya sudah lanjut. - mStar Online