BREAKING NEWS
Showing posts with label PANDUAN. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN. Show all posts

Semakan Keputusan Program JPA - MARA 2016 Online

Semakan Keputusan Program JPA - MARA 2016 Online. Berita baik seperti dimaklumkan dari Portal Rasmi MARA, semakan keputusan panggilan temuduga & COT dan SAC bagi permohonan Program Kerjasama JPA-MARA 2016 kini boleh disemak secara online. Semakan keputusan yang terlibat adalah seperti berikut :-
  • Semakan Keputusan Panggilan Temuduga & Cambridge Online Test (COT) Bagi Program Kerjasama JPA-MARA Tahun 2016 (Luar Negara)
  • Semakan Keputusan Panggilan Student Assessment Centre (SAC) Bagi Program Kerjasama JPA MARA Tahun 2016 (Dalam Negara)

Keputusan Program JPA - MARA 2016 Online

Semakan Keputusan Program JPA - MARA 2016 Online

Berikut adalah applikasi Semakan Keputusan Program JPA-MARA untuk Lepasan SPM 2015 :-

Cambridge Online Test (COT)

COT hanya dilaksanakan ke atas pelajar yang memohon Program  Akademik  Jepun. Hanya  calon  yang  disenarai  pendek  sahaja  akan dipanggil untuk menduduki COT. COT
merupakan ujian pemilihan pelajar melalui sistem atas talian menggunapakai modul Cambridge    English    Language Assessment sebuah bahagian dibawah University of Cambridge, England. Saringan awal  ini  dapat  mengenal  pasti  calon  yang  mempunyai  sahsiah  diri  yang baik, berpotensi   cemerlang   dalam   pengajian,   serta   kesesuaian   mengikut   bidang pengajian yang dipohon.

Student Assesment Centre (SAC)

Calon yang memohon  program Pertama di Government Link University (GLU) dan
Program  Ijazah  Pertama  di  IPTS akan  disenarai  pendek  dan  dipanggil  untuk
menghadiri  SAC.  SAC  adalah  satu  bentuk  penilaian  yang  digunapakai  secara
latihan dalam kumpulan.

Tarikh Program COT Dan SAC Diadakan

Program COT dijadualkan pada 18 April 2016 di pusat-pusat yang telah ditetapkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Program SAC dijadualkan pada 18 April 2016 hingga 22 April 2016 di pusat-pusat yang telah ditetapkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dokumen Yang Perlu Di bawa Semasa Menghadiri Program COT/SAC

Dokumen yang perlu di bawa semasa menghadiri COT/SAC

Dokumen Asal

  • (a) My-Kad/ Kad Pengenalan calon
  • (b) Sijil Kelahiran Calon serta Ibu dan Bapa
  • (c) Sijil Berhenti Sekolah/ Sijil Pencapaian Ko-Kurikulum
  • (d) Sijil Warganegara Ibu/ bapa
  • (e) Kad Pesara/ Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga
  • (f)  Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga

Satu (1) Salinan Dokumen yang disahkan

  • (a) Sijil Kelahiran Calon dan Ibu/ Bapa
  • (b) Sijil Warganegara Calon dan Ibu/ bapa
Sumber FAQ Program JPA MARA 2016

* Nota

Semakan keputusan calon berjaya Bagi Program JPA-MARA 2016 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Semakan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017. Bilakah tarikh semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan 6 (Form 6) tahun 2016? Pasti rasmi pelajar lepasan SPM yang menanti dengan penuh debar samada mereka layak atau tidak. Untuk makluman, keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan akan diumumkan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala.

Tarikh Semakan Tawaran Tingkatan 6 2016

Sebagai panduan, tarikh keputusan tawaran pada tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:-
  • Tahun 2016 : 14 April 2016 hingga 27 Mei 2016. Sumber KPM
  • Tahun 2015 : telah diumumkan pada 15 April 2015
  • Tahun 2014 pada 24 April 2014

Pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada KPM mengenai tarikh semakan tawaran tingkatan 6 sesi 2016-2017 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 6 BAWAH TAHUN 2016

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai tarikh semakan, applikasi semakan dan sebagainya buat panduan pelajar semua :-

1) Semakan secara online

  • Keputusan tawaran Tingkatan 6 boleh disemak bermula dari 14 April 2016 (Khamis)
  • Tahun 2015, semakan mulai 15 April 2015 jam 12 .01 malam  sehingga 4 Jun 2015 jam 11.59 malam 
  • Link APPLIKASI SEMAKAN Form 6 2016 (Akan dikemaskini). Tahun 2015 - SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 2015

2) Semakan melalui SMS 

Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah berikut:-
Taip MOE T6 (No KP atau Angka Giliran)
Hantar SMS ke 15888
Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan - Klik Rayuan Tingkatan 6 2015
Semakan keputusan tawaran UPU ke IPTA SESI 2016/ 2017 KLIK SEMAK UPU

Soalan Penting Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2015/ 2016

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan
SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi
tujuan pendaftaran masuk?

Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun

Anda boleh memuat turun dokumen berikut sebagai panduan

* Segala informasi adalah tertakluk kepada perubahan
 
Bagi mereka yang gagal, anda boleh merayu di link applikasi semakan yang sama.

Bagi mereka yang inginkan lulus cemerlang Peperiksaan MUET, anda boleh membeli panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET ini dengan harga RM30. Sila klik link di bawah ini untuk pesanan.

Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!Semoga berjaya

Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017. Calon-calon SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2016/ 2017 pasti berdebar-debar menunggu keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi. Semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2015 diumumkan secara rasmi. Pada tahun lepas, keputusan Matrikulasi telah diumumkan pada 13 April 2015. 
 
  • Semakan keputusan Matrikulasi 2016/ 2017 akan diumumkan pada hari Khamis, 14 April 2016 bermula 1200 tengahari.
  • Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2016 klik KPM
  • Semakan Keputusan UPU ke UA SESI 2016/ 2017 Online Klik SEMAKAN UPU 2016 
Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

Tarikh semakan secara online adalah pada 14 April 2016 mulai 1200 tengahari. Berikut adalah cara-cara membuat semakan tawaran Matrikulasi 2016 :-

Semakan Online

Semakan Melalui SMS

Semakan SMS pula boleh di buat dengan menaip  
MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
 
Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017
FAQ soalan lazim mengenai tawaran Matrikulasi boleh klik MOE. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan � 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi � 4.30 petang.
Pemohon perlu melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.
Rayuan Program Matrikulasi 2016/ 2017 bagi calon yang gagal boleh terus dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my (Tarikh akan dikemaskini kemudian). Sila rujuk Rayuan Matrikulasi sebagai panduan.

Semoga berjaya buat semua pemohon kemasukan ke Matrikulasi sesi 2016/ 2017.

Tarikh Israk Dan Mikraj 2016 Di Malaysia

Tarikh Israk Dan Mikraj 2016 Di Malaysia. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Mengikut Kalendar Islam 2016, Israk & Mikraj akan jatuh pada hari Khamis, 5 Mei 2016 bersamaan dengan 27 Rejab 1437H. 

Tarikh Israk Dan Mikraj Di Malaysia 2016

Maksud Israk Dan Mikraj

ISRAK bererti perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. MIKRAJ pula bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan terus mengadap Allah SWT untuk menerima perintah solat lima kali sehari bagi umat Nabi Muhammad SAW.
Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut. Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan. Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatwanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.

Negeri Yang Cuti Umum

Tarikh 5 Mei 2016 iaitu Tarikh Israk Dan Mikraj 2016 Di Malaysia telah ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri (cuti umum) bagi negeri Kedah Darul Aman, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Perlis Indera Kayangan.

Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2016

Panduan Dan Borang Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017. Kemasukan Dan Tukar Jurusan. Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2016/ 2017 akan diumumkan pada 14 April 2016. Pada tahun lepas ianya telah diumumkan pada 15 April 2015 bermula jam 1201 pagi. Pendaftaran pelajar adalah pada 5 Mei 2015. Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 dengan mengisi borang rayuan dan mengikuti panduan serta langkah-langkah berikut:-

Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2015

CARA BUAT RAYUAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2016

* Akan dikemaskini
Kemasukan murid ke Tingkatan 6 tahun 2016 adalah secara tawaran oleh KPM dan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2015 boleh membuat semakan secara online di applikasi semakan bermula dari 14 April 2016.

Bagi mereka yang gagal, pelajar boleh merayu dengan merayu secara online di https://sst6.moe.gov.my/ mulai
14 April 2016 sehingga 27 Mei 2016. Terdapat lima kategori rayuan Tingkatan 6 2016 dan sila klik link borang untuk memuat turun/ download borang.

NOJENIS RAYUANTARIKH BUKA TARIKH TUTUPSYARATJENIS BORANGTEMPAT HANTAR
1Calon SPM 2015 yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 (Untuk kelonggaran syarat Koko)14 APRIL 201627 MEI 2016Jurusan Kemanusiaan : 13 hingga 16 Unit. Jurusan Sains - TiadaT6BKK ONLINESalinan HARD COPY perlu dihantar ke Sekolah Pusat Tingkatan Enam
2Rayuan Umum. Menolak tawaran matrikulasi, IPTA, IPTS/ tiada penempatan/ Calon Kertas Julai Ulangan 2015/ cukup syarat tetapi tidak ditawarkan/ tercicir/ lain-lain14 APRIL 201627 MEI 2016Cukup syarat kemasukan : Kepujian BM, Lulus Sejarah dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak lebih 12T6BRUSekolah Pusat Tingkatan 6
3Calon persendirian dan swasta14 APRIL 201627 MEI 2016T6BCPSekolah Pusat Tingkatan 6
4Bukan Warganegara14 APRIL 201612 MEI 2016Rujuk Unit Perhubungan dan Pendaftaran
5Tukar Jurusan14 APRIL 201627 MEI 2016RTJT6Sekolah

* Untuk panduan lengkap dan muat turun (download) borang akan dikemaskini dari masa kesemasa

PANDUAN MENGISI BORANG RAYUAN TINGKATAN 6

* Akan dikemaskini
1. Borang  ini  hendaklah  disertakan  bersama  salinan  dokumen-dokumen  yang  telah  disahkan seperti berikut:
  • i. Keputusan peperiksaan SPM 2015
  • ii. Sijil kelahiran,
  • iii. Kad pengenalan/passport
  • iv. Sijil Berhenti Sekolah; dan
  • v. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.
2. Borang  ini  hendaklah  dikembalikan  kepada Pengetua  sekolah  asal.    Pengetua    sekolah bertanggungjawab  mengemukakan  semua  borang  rayuan  murid  kepada
Bahagian  (kecuali Sekolah  Menengah  Harian  dan  Sekolah    Menengah  Teknik)/
Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
 
3. Tarikh  tutup  permohonan  adalah pada 27 Mei 2016 (Tahun lepas pada 4 Jun 2015).  Permohonan  yang  lewat  tidak akan dipertimbangkan.
 
4. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
  • i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2015 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
  • ii. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain;
  • iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am - Syarat kemasukan Tingkatan 6 sila Klik di Syarat AM ; dan
  • iv. Mendapat  sokongan  penuh  daripada  Pengetua  sekolah  dan  perakuan  rekod  disiplin yang baik
5. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
 
6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 13 & 14 Jun 2016
 
7. Murid hendaklah melapor diri mulai 4 Mei 2016 (Rabu).  Sekiranya  calon  tidak  melapor  diri  dalam  tempoh  yang  ditetapkan,  calon dianggap sebagai menolak tawaran.
 
8. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Selamat membuat Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2016 dan semoga anda berjaya.

Model Baharu Penajaan JPA 2016

Model Baharu Penajaan JPA 2016. Berikut dikongsikan model baru Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diumumkan pada 5 April 2016 untuk panduan pelajar yang berminat untuk mendapatkan pinjaman pendidikan dalam melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Model Baharu Penajaan JPA 2016 ini dirangka berdasarkan kepada empat teras utama iatu :
  1. Merit dan Inklusiviti
  2. Fokus kepada Golongan B40, M40 dan Technical & Vocational Education and Training (TVET)
  3. Pembangunan Malaysia sebagai Hab Pendidikan
  4. Pulangan Pelaburan
Penajaan JPA 2016 terkini dan terbaru

Model Penajaan JPA Terkini 2016

Kerajaan telah bersetuju dengan Model Baharu Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di mana program-program Penajaan JPA bagi tahun 2016 adalah seperti berikut seperti makluman Portal e-Sila:

A. Program Penajaan Nasional (PPN)

Penajaan melibatkan 20 pelajar terbaik SPM 2015 berdasarkan nama yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Pelajar ditaja mengikuti program persediaan dalam Negara dan pengajian di Peringkat Ijazah Pertama di universiti terkemuka dunia berdasarkan senarai QS World Ranking dan terhad kepada bidang-bidang yang ditetapkan oleh Kerajaan.

B. Program Khas Kejuruteraan

Penajaan kepada 200 pelajar cemerlang SPM 2015 yang berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma/ Ijazah Pertama dalam bidang Kejuruteraan di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Penajaan merangkumi kursus persediaan dalam negara dan pengajian peringkat seterusnya di negara-negara berkenaan. 

C. Program Ijazah Dalam Negara

Penajaan kepada 7,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta dalam kategori GLC iaitu UNITEN dan MMU dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

D. Program Dermasiswa B40

Penajaan kepada 1,000 pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik, UA/ IPTA, UNITEN dan MMU. Ianya merupakan program baru yang diperkenalkan dalam model baharu penajaan JPA 2016.

E. Program Lepasan Bursary & Program Bursary

Penajaan di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara. Program Bursary yang sebelum ini dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dilaksanakan oleh JPA secara one off pada tahun 2016 sahaja. Program Bursary tidak akan diteruskan lagi bermula tahun 2017.

Pinjaman Boleh Ubah

Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah (kecuali Program Dermasisiwa B40) dengan mekanisme perjanjian pinjaman seperti berikut:
  • a) Pinjaman boleh diubah kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya graduan berkhidmat dalam perkhidmatan awam;
  • b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian
  • c) Graduan dikehendaki membayar balik 50% daripada jumlah pinjaman sekiranya memilih untuk bekerja dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • d) Graduan dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman sekiranya memilih untuk tbekerja di luar negara
Sumber : Kenyataan Akhbar JPA 5 April 2016

Semoga Model Baharu Penajaan JPA 2016 ini dapat mencapai objektif pembangunan modal insan negara untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian di IPT tempatan serta memfokuskan kepada pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.

Borang Pendaftaran MUET Sesi Julai 2016 Online

Borang Pendaftaran MUET Sesi Julai 2016 Online. Dipetik dari Kalendar Peperiksaan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET sesi Julai 2016 akan di buka pada bulan Mac 2016. Peringatan kepada calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET, anda dinasihatkan untuk mendaftar awal di atas talian/ online kerana permohonan yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Dijangka ramai yang akan mengambil peperiksaan MUET samada baru atau memperbaiki keputusan disamping memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi permohonan ataupun graduasi.

Tarikh Penting Pendaftaran MUET Julai 2016

Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2016 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), tarikh pendaftaran MUET sesi Julai 2016 adalah seperti ketetapan berikut:-

  • Tarikh pendaftaran di buka : 15 Mac 2016
  • Tarikh tutup pendaftaran : 11 Mei 2016
  • Tarikh Ujian Speaking : 18, 19, 20, 21, 25 & 26 Julai 2016
  • Tarikh Ujian Bertulis : 30 Julai 2016 

Borang Pendaftaran MUET Sesi Julai 2016 Online

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi Julai 2016 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET 2016 Sesi Julai Online di laman sesawang MPM seperti informasi berikut :-

  • Applikasi eSubmission MPM online  
  • Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik MUET Daftar atau di Panduan Pendaftaran
  • Klik pada butang �Daftar pengguna� atau hiperlink �Daftar Pengguna� 
  • PERINGATAN :  Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

Kalendar Peperiksaan MUET 2016

kalendar peperiksaan muet 2016

Semoga panduan Borang Pendaftaran MUET 2016 Sesi Julai Online ini bermanfaat kepada semua. Sebarang masalah atau kesalahan sila luahkan di ruangan komen di bawah ini.

Semakan Keputusan UPU Sesi 2016/ 2017 Online

Semakan Keputusan Kemasukan UPU Ke IPTA/ UA Sesi 2016/ 2017 Secara Online. Bagi calon lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah mengemukakan permohonan UPU 2016 online, semakan keputusan kemasukan UPU Ke IPTA dan Politeknik sesi 2016/ 2017 boleh di semak pada bulan Mei 2016 untuk lepasan SPM/ setaraf dan pada bulan Ogos 2016 untuk lepasan STPM/ setaraf. Untuk panduan, berikut adalah makluman tarikh-tarikh penting mengenai semakan keputusan UPU, panggilan temuduga dan tarikh pendaftaran ke IPTA, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti, CIAST dan ILKA sesi 2016/ 2017.  

Semakan Keputusan UPU Sesi 2016/ 2017 Online

Tarikh semakan keputusan UPU 2016 yang berjaya layak ke IPTA lepasan SPM dan setaraf dijangka diumumkan pada minggu kedua Mei 2016 (akan dikemaskini) manakala bagi lepasan STPM dijangka pada minggu kedua Ogos 2016.
 
Semakan Keputusan UPU 2016 Online

A. Semakan Keputusan Panggilan Temuduga

1) Calon lepasan SPM/ Setaraf 

Tarikh semakan : Minggu kedua April 2016
Link semakan UA/ IPTA (Akan dikemaskini):-
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris : Semakan panggilan temuduga Diploma UPSI (Diploma Bahasa Inggeris, Diploma Muzik, Diploma Tari dan Diploma Teater) bermula 14 April 2016 (Khamis) selepas jam 12.00 tengah hari di url http://www.upsi.edu.my/online/ atau UPSI
  • UiTM : Semakan Panggilan temuduga Program Diploma/ Asasi TESL bermula pada 15 April 2016 (Jumaat) jam 300 petang - klik UiTM atau Portal Kemasukan Pelajar
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia - UPNM
  • Universiti Utara Malaysia - UUM
  • Politeknik Malaysia : Semakan pada 15 April 2016 untuk Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat & Diploma Kejuruteraan Perkapalan sahaja - Klik Bahagian Pengambilan Pelajar

    Calon lepasan SPM/Setaraf dan SKM bagi Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA - Minggu Kedua April 2016 & 15 April 2016 (Politeknik)

    2) Calon lepasan STPM dan setaraf

    Tarikh semakan : Minggu Ketiga Mei 2016
    • Semakan panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) dan Ujian Medsi  : (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) : Minggu ketiga Mei 2016
    • Sistem e-temuduga di buka : Minggu keempat Jun 2016 
    • Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan : 16 Mei hingga 19 Mei 2016. Sumber

    B. Semakan Keputusan UPU Ke IPTA & Politeknik Premier Online

    Semakan keputusan UPU 2016 online boleh disemak mengikut ketetapan berikut :-

    Calon lepasan SPM/ Setaraf 

    1. UA/ IPTA - Minggu kedua Mei 2016 
    2. Politeknik Premier : 15 Mei 2016 selepas 200 petang. 
    3. Politeknik Konvensional : 26 Mei 2016 selepas 200 petang

    Calon lepasan STPM/ Setaraf  

    1. Minggu Kedua Ogos 2016

        Semakan online

        Semakan secara SMS 

        • Taip UPU<jarak> RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
        Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran kemasukan IPTA menerusi pautan di bawah ini sekiranya link UPU di atas menghadapi kesulitan akibat penggunaan yang tinggi.

        Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan tawaran dan juga mencetak surat tawaran rasmi melalui Laman Web Rasmi IPTA berkaitan ataupun Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sebelum atau pada tarikh yang akan dikemaskini kelak..

        Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!

        Link Semakan Surat Tawaran

        Berikut adalah senarai pautan URL surat tawaran mengikut UA/ IPTA :
        * akan dikemaskini dari masa kesemasa

        C. Semakan Keputusan UPU Ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA

        • Tarikh semakan pada 26 Mei 2016 selepas jam 200 petang. Klik Politeknik untuk membuat semakan
        • Akan dikemaskini - Hebahan Keputusan Penempatan dan Cetakan Surat Tawaran Ke Kolej Komuniti di http://www.jpkk.edu.my/jpkk/

        D. Permohonan e-Rayuan Keputusan Ke IPTA/ Politeknik

        Mereka yang gagal mendapat tawaran ke UA/ IPTA, anda boleh membuat rayuan.
        1. Calon lepasan SPM/ Setaraf - Minggu akhir Mei 2016 (selama 5 hari sahaja). Klik e-Rayuan UPU 2016
        2. Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu kedua Ogos 2016 (Rayuan selama 5 hari)

        E. Semakan Keputusan Rayuan UPU

        Semakan keputusan rauan UPU boleh disemak seperti berikut :-
        1. Calon lepasan SPM/ Setaraf - Minggu kedua Jun 2016 selepas 1200 tengahari. Klik http://upu.mohe.gov.my/web/
        2. Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu keempat Ogos 2016 

        F. Tarikh Penting Permohonan UPU 2016 

        Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting Permohonan UPU 2016 online yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi UPU.
        lepasan spm
        lepasan stpm

        * Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa

        Untuk maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang. Anda juga boleh dapatkan informasi terkini di FB UPU BPKP JPT atau Laman Web Rasmi UPU.

        * Semakan keputusan tawaran Matrikulasi klik Matrikulasi
        * Semakan tawaran Tingkatan 6 klik Form 5

        Bagi mereka yang inginkan lulus cemerlang Peperiksaan MUET, anda boleh membeli panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET ini dengan harga RM30. Sila klik link di bawah ini untuk pesanan.Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!Semoga berjaya
         
        Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20