BREAKING NEWS

Drama Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3

Drama Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3. Drama bertajuk Sayangku Kapten Mukhriz adaptasi dari Novel Anugerah Terindah akan menemui penonton di Slot Akasia TV3 tidak lama lagi (tarikh siaran akan dikemaskini dari masa kesemasa). Drama ini bakal mengandingkan 2 pelakon baru iaitu Raja Afiq sebagai Kapten Ustaz Mukhriz dan Niena Baharun sebagai Dr Ariana Dahlia. Pengarah drama adalah Idora Abdul Rahman di bawah terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. 

sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3

Drama Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3

Berikut dikongsikan informasi ringkas drama Sayangku Kapten Mukhriz untuk peminat hiburan tempatan :-
  • Tajuk : Sayangku Kapten Mukhriz
  • Slot : Akasia TV3 
  • Tarikh Tayangan : Akan dikemaskini
  • Tajuk Novel : Anugerah Terindah
  • Karya : Sophilea 
  • Lagu OST : akan dikemaskini

Nama Pelakon Dan Watak

  • Raja Afiq : Kapten Ustaz Mukhriz
  • Niena Baharun : Dr Ariana Dahlia
  • Ikhlas Jalil : Kapten Ustaz Fauzan
  • Neera Azizi : Dr Aniza
  • Fezrul Khan : Izzudin

Pelakon Lain

  • Fezrul Khan
  • Aliff Aziz
  • Illey Mohtada
  • Tash Yong

Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz (Novel Anugerah Terindah)

Berikut adalah sinopsis Novel Anugerah Terindah :-
Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana � Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title �ustaz� dan seorang langsung tidak peduli title �doktor�. Sudahnya beginilah� SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.
 
Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat� Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah� Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz.


Sumber : Goodreads

Nantikan kemunculan Drama Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3 tidak lama lagi.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20