BREAKING NEWS

Gambar Stadium Baru JDT Konsep Dan Rekabentuk

Gambar Stadium Baru JDT Stadium Sultan Ibrahim Larkin. Cantik ke Stadium baru JDT? Peminat bolasepak Negeri Johor pasti akan gembira dan bangga apabila sebuah stadium bolasepak baru JDT akan dibina di Nusajaya (Kini dikenali sebagai Iskandar Puteri). Pembinaan stadium baru JDT ini yang bakal berkapisiti 40 hingga 45 ribu penonton bakal menyaksikan lebih ramai penyokong JDT untuk datang ke stadium berbanding Stadium Larkin yang tidak dapat menampung kebanjiran penyokong. 

Stadium Sultan Ibrahim Larkin

Stadium baru JDT ini berciri menarik, moden dan lengkap dengan banyak kemudahan terbaik telah dinyatakan dalam Bajet Johor 2016. Pembinaan stadium baru JDT ini akan bermula dalam masa yang terdekat.

Rekabentuk Terkini Stadium Sultan Ibrahim Larkin

Berikut dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers, rekabentuk Stadium Sultan Ibrahim Larkin yang telah disahkan oleh pihak Pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim. Untuk peminat JDT, berikut adalah gambar/ lakaran stadium canggih ini untuk tatapan anda semua:-
  • * Kemaskini pada 31 Mac 2016

Stadium Sultan Ibrahim Larkin 1

Stadium Sultan Ibrahim Larkin 2

Stadium Sultan Ibrahim Larkin 3

BAJET 2016 AGENDA 2: DASAR JOHOR PRIHATIN

Institusi Awam � Stadium
44. Menyediakan tanah untuk dipajakkan bagi pembinaan sebuah stadium bola sepak di Nusajaya. Ia akan merangkumi komponen seperti stadium yang berkapasiti antara 40 hingga 45 ribu penonton, ruang-ruang perniagaan serta kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

MAKLUMAN PADA 30 NOVEMBER 2015 : LAKARAN STADIUM BARU PASUKAN JDT



Menjunjung titah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, merangkap Penaung DiRaja Persatuan Bolasepak Negeri Johor, saya akan melaporkan perkembangan berkenaan stadium baru Johor Darul Ta'zim. Segala aspek stadium baru tersebut, termasuk konsep, rekabentuk dan kemudahan akan diwar-warkan di laman ini untuk tatapan dan makluman para penyokong JDT sekalian dari masa ke semasa.

Seperti yang dapat dilihat dalam lakaran yang disertakan, rekabentuk luaran stadium adalah berkonsep moden dan kemas. Bahagian luar stadium akan terdiri daripada permukaan yang diterangi lampu LED yang boleh bertukar warna. Kemudahan-kemudahan yang berkaitan termasuk tempat duduk penyokong yang selesa, ruang niaga di stadium dan juga ibu pejabat PBNJ.

DYAM Tunku Mahkota Johor dan seluruh pengurusan PBNJ sentiasa berusaha sedaya upaya serta sepantas yang mungkin untuk melancarkan segala proses pembangunan stadium baru ini. Sukacita juga dimaklumkan bahawa sementara proses pembinaan stadium baru dijalankan, kita masih akan meneruskan penyelenggaraan dan menambah baik Stadium Larkin.

YB Dato Haji Ismail Bin Karim, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor

GAMBAR STADIUM BARU JDT

Kemaskini pada 30 November 2015. * kredit Johor Southern Tigers

Stadium Baru JDT 2


Stadium Baru JDT 2


Stadium Baru JDT 3


Stadium Baru JDT 4


Stadium Baru JDT 5


Stadium Baru JDT 6

Semoga Stadium Baru JDT Konsep Dan Rekabentuk yang cantik dan canggih ini mampu menaikkan perkembangan bolasepak di Johor ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20