BREAKING NEWS

Kadar Dividen ASM 2016 Amanah Saham Malaysia

Kadar Dividen ASM 2016 Amanah Saham Malaysia. Anda ada membuat pelaburan di ASM dan ingin mengetahui jumlah dividen 2016? Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada hari Selasa, 15 Mac 2016 telah mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.30 sen seunit bagi tabung Amanah Saham Malaysia (ASM) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016.

Menurut Astro Awani, agihan pendapatan sebanyak 6.3 sen seunit ini mencatat penurunan 4.5 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 6.60 sen seunit. Pembayaran akan melibatkan 536,862 pemegang unit yang melanggan 16.298 bilion unit ASM.

jumlah Dividen ASM 2016 Amanah Saham Malaysia

Jumlah Dividen ASM 2016 Amanah Saham Malaysia

Pengagihan pendapat kali ini melibatkan pembayaran RM1.026 bilion oleh ASNB meningkat berbanding RM1.01 bilion yang dibayar pada 2015.

    1) 6.30 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016
    2) 6.60 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015

Satu lagi skim amanah saham yang popular di Malaysia juga di bawah ASNB iaitu  Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah mengumumkan kadar dividen ASB termasuk bonus mereka pada hujung tahun 2015 dengan jumlah dividen sebanyak 7.75 sen seunit. Jumlah dividen ini juga sedikit rebdah berbanding dengan pembayaran tahun 2015 pada 8.5 sen seunit termasuk bonus.

Kesemua transaksi bagi ASM di ibu pejabat ASNB atau cawangan digantung bermula 23 Mac 2016  hingga 31 Mac 2016 bagi membolehkan pengiraan pengagihan keuntungan dan bonus dilakukan.

Semoga Kadar Dividen ASM 2016 Amanah Saham Malaysia kali ini mengembirakan semua pelabur.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20