BREAKING NEWS

Permohonan Program Diploma PPUM 2016 Online

Permohonan PPUM 2016 Online Program Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya. Anda seorang lepasan SPM yang berminat serta layak dan ingin menceburi bidang kejururawatan dan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya? Dikongsikan dari Portal Rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya,  permohonan kemasukan ke program Diploma Kejururawatan dan Diploma Radiografi serta Diploma Teknologi Makmal Perubatan kini dibuka mulai 13 Mac sehingga 8 April 2016.

Permohonan Diploma PPUM 2016 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan PPUM 2016 online yang dikongsikan dari iklan di akhbar utama tempatan.
  • Tarikh Buka : 13 Mac 2016 mulai 1200 pagi
  • Tarikh Tutup :  8 April 2016 sehingga jam 1200 pagi

Program Ditawarkan

Program diploma yang ditawarkan untuk sesi kemasukan 2016 adalah seprti berikut :-
  1. Diploma Kejururawatan
  2. Diploma Radiografi 
  3. Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Permohonan Diploma PPUM 2016 Online
Tempat Pengajian : Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Syarat-Syarat Am Permohonan Diploma PPUM 2016

  • Umur : Berumur 18 hingga 22 tahun
  • Jantina : Lelaki dan Perempuan
  • Taraf Perkahwinan : Bujang
  • Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)

Kelayakan Akademik 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :- 
  • (a) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA 
  • (b) Bagi Program Diploma Kejururawatan - memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi) 
  • (c) Bagi Program Diploma Radiografi - memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi) 
  • (d) Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan - - memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

Taraf Kesihatan : Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan. 

Penajaan : Calon-calon yang terpilih mengikuti pengajian Diploma Kejururawatan akan ditaja oleh Pusat Perubatan Unversiti Malaya manakala bagi calon Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan, anda perlu memohon pinjaman/pembiayaan daripada badan-badan yang memberikan pinjaman pengajian. 

Ikatan perjanjian : Calon-calon yang berjaya menamatkan program Diploma Kejururawatan dikehendaki berkhidmat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya selama 5 tahun.

Panduan Permohonan Program Diploma PPUM 2016 Online

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my. Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.06 untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional + RM0.06 GST). Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan. 

2. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temu duga melalui laman web PPUM mulai 18 April 2016 hingga 22 April 2016. Keputusan temu duga akan diumumkan mulai 30 Mei 2016 sehingga 10 Jun 2016. 

3. Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul. PERHATIAN : Hanya calon yang disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.

Iklan Permohonan Program Diploma PPUM 2016 Online

Permohonan Diploma PPUM 2016 Online
Iklan dalam PDF sila klik PPUM 2016

Selamat membuat Permohonan Program Diploma PPUM 2016 Online kepada mereka yang layak dan semoga berjaya.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20