BREAKING NEWS

Permohonan Biasiswa Johor Corporation Education Sponsorship

Permohonan Biasiswa Johor Corporation Education Sponsorship. Dipetik dari status FB MB Johor, Kerajaan Negeri Johor berbesar hati untuk mengumumkan skim penajaan pendidikan sulung Johor Corporation iaitu Johor Corporation Education Sponsorship bagi menaja pelajar-pelajar pra-siswazah dalam empat bidang keutamaan dan kritikal iaitu ekonomi, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan.

Biasiswa ini akan memanfaatkan seramai 100 pelajar berpotensi besar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 16 juta. Ia akan membolehkan pelajar terbaik di Johor melanjutkan pendidikan tinggi di universiti terkemuka dalam dan luar negara. Dan amatlah besar harapan saya agar biasiswa ini akan diberikan keutamaannya kepada mereka yang benar-benar mempunyai potensi besar dan luar biasa, tetapi daripada latar belakang yang tidak berkemampuan.
Permohonan Biasiswa JCorp

Permohonan Biasiswa Johor Corporation Education Sponsorship (JCorp) 2016

Permohonan biasiswa adalah di buka kepada pelajar-pelajar dengan keputusan cemerlang lepasan SPM, STPM, Pra-Universiti, O / A-Levels. Berikut adalah bidang keutamaan dan kritikal di bawah program Boasiswa ini :-
  1. Accounting (Perakaunan)
  2. Law (Undang-Undang)
  3. Economics (Ekonomi)
  4. Engineering (Kejuruteraan)
  5. Quantity Surveying (Ukur Bahan)
  6. Architecture (Senibina)
  7. Town Planning (Perancang Bandar)
  8. Oil & Gas (Minyak dan Gas)
  9. Human Resource (Sumber Manusia)
b) Pemohon yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum mempunyai kelebihan

c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan yang berkaitan beserta transkip keputusan peperiksaan dan hendaklah di hantar melalui 2 cara pilihan iaitu 
1) email ke jesp@jcorp.com.my atau
2) Di hantar ke alamat - 
Johor Corporation Education Sponsorship Programme
Secretariat, Johor Corporation
Level 11, Menara KOMTAR,
Johor Bahru City Centre,
80000 Johor Bahru,
Johor

Tel No : 07-219 269
Website : http://www.jcorp.com.my/
Tarikh tutup permohonan Biasiswa Johor Corporation Education Sponsorship tahun 2016 adalah pada 20 Mac 2016.

Makluman Penting

Borang permohonan Biasiswa untuk pemohon boleh didapati/perolehi hanya selepas pemohon dipilih untuk program biasiswa ini.

Selamat memohon dan semoga berjaya buat pemohon Biasiswa Johor Corporation Education Sponsorship.
 

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20