BREAKING NEWS

Permohonan IPG Institut Pendidikan Guru 2016 Online

Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2016 (PPISMP) - Permohonan Guru IPG 2016 Online. Anda seorang pelajar lepasan SPM dan berminat untuk menjadi guru atau cikgu dengan memasuki IPG (dahulunya Maktab Perguruan)? Permohonan kemasukan ke IPG online akan di buka mulai 10 Mac 2016  jam 12:00 tengahari sehingga 27 Mac 2016 jam 11:59 malam. Untuk tahun 2015, iklan untuk permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) tajaan KPM di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG) telah dibuka pada 15 Februari 2015 (AHAD). Baca syarat hendak jadi guru sebelum memohon.

Permohonan PPISMP 2016 Online Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG)

Permohonan Calon Guru PISMP 2016 akan di buka seperti ketetapan berikut :
  • Tarikh Buka Permohonan : 10 Mac 2016 (Khamis) jam 12:00 tengahari 
  • Tarikh Tutup Permohonan : 27 Mac 2016 jam 11:59 malam. 
  • Semakan keputusan IPG 2016 online : UKCG, Panggilan temuduga sila rujuk di PISMP 2016
Pengumuman telah dibuat di Portal Rasmi KPM di bahagian pemberitahuan atau applikasi berkala. 
Permohonan PPISMP 2015 Online

Cara Memohon PPISMP 2016 Online

Permohonan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016 boleh dibuat secara online dengan mengakses applikasi permohonan IPG di bawah ini :- 

Berikut adalah maklumat penting mengenai permohonan IPG 2016 yang mengandungi informasi tentang program yang ditawarkan, syarat dan kelayakan khusus serta bidang pengkhususan yang ditawarkan.            

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  1. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  2. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat Dan Kelayakan Asas     

  • Warganegara Malaysia.     
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.     
  • Sihat tubuh badan.     
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.        
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
  • i. Bahasa Melayu; dan
  • ii. Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.     
    Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan


1SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)2SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)3SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT)
3.1.1Bahasa Melayu3.2.1Bahasa Melayu3.3.1Bahasa Melayu
3.1.2Bahasa Inggeris3.2.2Bahasa Inggeris3.3.2Bahasa Inggeris
3.1.3Bahasa Cina3.2.3Bahasa Cina3.3.3Bahasa Tamil
3.1.4Bahasa Tamil3.2.4Pendidikan Islam3.3.4Pendidikan Islam
3.1.5Bahasa Iban3.2.5Matematik3.3.5Matematik
3.1.6Bahasa Kadazandusun3.2.6Sains3.3.6Sains
3.1.7Bahasa Islam
3.1.8Matematik
3.1.9Sains
3.1.10Pendidikan Khas

Maklumat Penting Permohonan

Berikut adalah maklumat penting tentang permohonan IPG 2016. Sila pastikan anda membaca dan merujuk kepada arahan sebelum memohon :-
  • Manual Permohonan dalam PDF, sila klik FAQ 2016
* Peringatan kepada calon :
  1. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga       
  2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. 
  3. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.  
  4. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan. 
  5. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.      
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. 
* Maklumat penting lain sila rujuk di Maklumat PISMP

Tarikh Penting Permohonan PPPISMP 2016 Online

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan 2016. 

  • Tarikh Buka : 10 Mac 2016 (Khamis) jam 12:00 tengahari
  • Tarikh Tutup : 27 Mac 2016 jam 11:59 malam. 
  • Kalendar aktiviti IPG 2016 boleh dirujuk di bawah ini :-

Sebagai panduan dan rujukan, berikut Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG 2016 yang juga boleh di rujuk di Kalendar Aktiviti IPG.
  • 6 Mac 2016 - Iklan permohonan PPISMP Ambilan Jun 2016 dalam akhbar tempatan
  • 10 Mac hingga 27 Mac 2016 - Permohonan secara online di buka
  • 27 Mac 2016 (11.59 malam) - Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)
  • 5 hingga 14 April 2016 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • 10 April hingga 15 April 2016 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 
  • 2 Mei hingga 19 Mei 2016 - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 9 Mei hingga 20 Mei 2016 - Pelaksanaan Sesi temuduga. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)
  • 6 Jun hingga 13 Jun 2016 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2016. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
  • 13 Jun 2016 - Pendaftaran calon di IPG

IKLAN PERMOHONAN IPG 2016 sila klik Iklan IPG.

Permohonan PISMP 2016 Ambilan Khas

Menerusi makluman rasmi KPM dan Applikasi Permohonan Program Perguruan, pengambilan Calon Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Khas 2016 dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina Pendidikan Rendah  (SJKC) dan SMA/SMU bagi bidang pengkhususan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK) akan diteruskan pada tahun ini. 

Tarikh permohonan secara on-line akan dibuka mulai 17 Mac 2016 dan ditutup pada 27 Mac 2016.
Berikut adalah Pilihan Bidang Pengajian yang ditawarkan bagi Calon UEC & SMA / SMU :

1. Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi lulusan UEC. Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan LULUS dalam 3 (tiga) mata pelajaran berikut:

  • i)   Bahasa Melayu Komunikasi
  • ii)  Sejarah
  • iii) Pendidikan Moral         
2.  Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK) bagi lulusan SMA/SMU. Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan LULUS dalam 3 (tiga) mata pelajaran berikut:
  • i)     Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
  • ii)    Sejarah
  • iii)   Pendidikan Syariah Islamiah

    Cara Hubungi IPG

    Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :    
                     
    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
    (u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
    No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769

    Syarat Kelayakan Akademik Menjadi Guru

    Berikut dikongsikan informasi bagaimana hendak menjadi guru atau cikgu. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam adalah untuk menyediakan guru sekolah menengah/ SMK manakala program di IPGM (dahulunya Maktab Perguruan) adalah untuk sekolah rendah (sekolah kebangsaan/ SK)
    1. Lepasan Matrikulasi/ STPM/ Diploma - Mohon Universiti Awam (UA) Kursus Ijazah Pendidikan
    2. Mohon ke IPG untuk mendapatkan Ijazah

    A) Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

    1. Memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (khusus dalam bidang tertentu) di UA. Permohonan melalui UPU online
    2. Diploma Pendidikan/ KPLI untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda kini tidak lagi ditawarkan di sebabkan telah ada program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di atas.

    B) Guru Sekolah Kebangsaan (SK)/ Sekolah Rendah

    Memohon program pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG)
    1. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) selama setahun
    2. Jika lulus PPISMP, anda layak ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) selama 4 tahun
    3. Jika anda mempunyai Ijazah Lulusan Luar Negara, pelajar boleh menyambung pengajian di PISMP tahun ke 4
    Kepada yang berminat sila bookmark page ini Permohonan IPG Institut Pendidikan Guru PPISMP 2016 Online. Tarik rasmi permohonan di buka akan dikemaskini dari masa kesemasa. Semoga anda semua berjaya dalam permohonan IPG 2016 ini nanti.

    Share this:

     
    Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20