BREAKING NEWS

Permohonan Rayuan BR1M 2016

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2016. Anda telah memohon dan menyemak status permohonan BR1M 2016 tetapi gagal? Berita baik menurut mStar online, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memaklumkan yang rayuan BR1M 2016 bagi pemohon yang gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 boleh di buat atau dibuka mulai hari Selasa, 15 Mac hingga 15 April 2016.

Cara Buat Permohonan Rayuan BR1M 2016

Permohonan Rayuan BR1M 2016 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat dengan pemohon. Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.
borang Rayuan BR1M 2016

Informasi Penting Rayuan BR1M 2016

Berikut adalah tarikh penting berkenaan rayuan permohonan BR1M 2016 :-
  • Rayuan perlu dibuat secara manual
  • Tarikh Buka : 15 Mac 2016
  • Tarikh Tutup : 15 April 2016

Permohonan Rayuan boleh dibuat  dengan memuat turun atau download Borang Permohonan Rayuan BR1M 2016 di Borang Rayuan BR1M 2016

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:
  • i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);
ATAU
  • ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);
DAN
  • iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon;
ATAU
  • iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2016

 
Selamat membuat rayuan BR1M 2016 dan semoga anda berjaya.
 

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20