BREAKING NEWS

Semakan Panggilan Temuduga IPG 2016 Online

Semakan Panggilan Temuduga IPG 2016 Program Guru KPM Online. Umum sedia maklum yang Permohonan Calon Guru IPG PISMP 2016 akan di tutup pada 27 Mac 2016. Untuk pemohon, terdapat beberapa aktiviti yang perlu ditempuhi selepas dapat diterima untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dahulunya Maktab Perguruan. Semakan Panggilan Temuduga IPG 2016 Online akan dibuat selepas permohonan IPG ditutup serta Ujian kelayakan Calon Guru atau UKCG diadakan.

Semakan Panggilan Temuduga IPG 2016 Online

Menurut Kalendar Aktiviti IPG, tarikh semakan nama yang berjaya di panggil temuduga dijangka boleh di semak secara online dari 2 Mei hingga 19 Mei 2016

Semakan Temuduga IPG 2016 Online

Tarikh Penting Temuduga IPG 2016

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting sebelum dan selepas panggilan Temuduga diadakan :-

A. Tarikh Permohonan Ditutup 

  • 27 Mac 2016 (11.59 malam) - Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup) 

B. Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

  • 5 hingga 14 April 2016 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • 10 April hingga 15 April 2016 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 

C. Temuduga IPG 2016

  • 2 Mei hingga 19 Mei 2016 - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 9 Mei hingga 20 Mei 2016 - Pelaksanaan Sesi temuduga. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)

Semakan IPG 2016 (Calon Berjaya) Dan Pendaftaran

  • 6 Jun hingga 13 Jun 2016 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2016. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
  • 13 Jun 2016 - Pendaftaran calon di IPG
Tahniah kepada mereka yang berjaya untuk dipanggil untuk temuduga IPG. Anda semakin hampir untuk berjaya dalam permohonan IPG 2016 Online.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20