BREAKING NEWS

"Kalau Ikut Hati, Sekarang Juga Nak Masuk Semula Gegar Vaganza!"; Elly Mazlein Tukar Fikiran!



Penyanyi, Elly Mazlein, tidak menolak kemungkinan menyertai semula Gegar Vaganza 3 (GV3) jika diberi peluang berbuat demikian menerusi sistem imuniti milik penaja utama program berkenaan, Datuk Seri Vida.

Walaupun pernah mengeluarkan kenyataan beliau takkan bertanding lagi sebaik saja mengambil keputusan untuk menarik diri ketika konsert minggu keempat, Elly bersedia menimbang semula pendiriannya demi peminat.

"Perkara ini ada pro dan juga kontra. Hampir 90 peratus mahu saya kembali semula ke GV3 jika diberi peluang, tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan memberi alasan perkara ini membabitkan soal maruah.

"Saya sendiri susah nak cakap kerana banyak hati yang perlu dijaga. Tetapi, kalau diikutkan hati, memang sekarang juga saya nak masuk semula.

"Tengoklah nanti macam mana. Kalau saya masuk balik, pasti akan ada komen negatif dan menghentam keputusan saya ambil itu.


"Tidak mengapa, saya pernah kena teruk sebelum ini. Lebih banyak mereka mengutuk saya, ia makin menguatkan semangat saya untuk menyertai semula GV3," katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Duta Fesyen Neng Geulis di sebuah hotel, di sini, sebentar tadi. - Berita Harian


Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20