BREAKING NEWS

Pemain Bola Sepak Dilarang Adakan Seks Tengah Malam!



Samir Nasri mendedahkan peraturan ketat Pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang melarang pemain melakukan hubungan seks selepas tengah malam sebelum dia berhijrah ke Sevilla secara pinjaman.

Pemain tengah Perancis itu mendakwa Guardiola mengenakan peraturan ketat tersebut kerana yakin ia satu cara pemain boleh memperbaiki corak permainan mereka ketika berada di atas mahupun luar padang.

Malah, peraturan Guardiola itu turut dikatakan berkesan terhadap Lionel Messi.

"Bagi Pep (Guardiola) aktiviti seks pemain perlu berlaku sebelum tengah malam untuk memastikan pemain mempunyai tidur yang secukupnya, walaupun mereka tiada aktiviti keesokan harinya.


"Dia (Pep) turut mengenakan peraturan ketat ini terhadap Messi dan keadaan ototnya bertambah baik sejak itu," katanya. - mstar

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20