
Pelakon yang cukup  popular dengan drama rantaian Mr. Donat Karamel, Hafidz Roshdi bakal  bergelar bapa apabila isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 22,   disahkan hamil. 
�Ya, isteri memang sudah hamil kerana sudah menunjukkan tanda-tanda sedang berbadan dua seperti mual dan muntah-muntah. Cuma�nya, saya belum mempunyai ke�sempatan untuk membawanya berjumpa doktor.
Bagaimanapun, Hafidz atau nama lengkapnya, Muhammad Hafidz Roshdi,  22, tidak bersedia memperincikan tentang kehamilan tersebut kerana belum  mendapat pengesahan daripada doktor. 
�Barangkali, dalam waktu terdekat saya akan membawanya untuk bertemu  doktor. Keluarga saya terutama ibu bapa sudah mengesahkan bahawa dia  sudah hamil apabila melihat keadaan dia sekarang. - Kosmo!
  
