BREAKING NEWS

Ayu Raudhah Hamil Lagi; Harapkan Anak Perempuan!



Pernah keguguran semasa kandungan pertama ketika awal perkahwinan dulu, pelakon Ayu Raudhah dan suami, selebriti sukan tanah air, Zaquan Adha merupakan antara pasangan selebriti suami isteri yang romantis, dan sering menjadi perhatian ramai.

Ayu Raudhah yang bernikah pada tahun 2011 dikurniakan dua cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Aisy Qaiser (3 tahun) dan Muhammad Aisy Aryann (2 tahun).

Terkini, pasangan suami isteri itu masing-masing berkongsi khabar gembira untuk tatapan followers mereka di Instagram tentang kehadiran cahaya mata ketiga.

Mengharapkan kehadiran anak perempuan pula, Ayu Raudhah menggunakan hashtag #prayforbabygirl sebagai suatu doa dalam posting Instagram miliknya itu.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Ayu dan Zaquan, semoga impian jadi kenyataan untuk dapat baby girl!

A photo posted by ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20