Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online
Posted by
admin
on
19:30:00
in
PANDUAN
PENDIDIKAN
|
Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online. Anda seorang pelajar UPSR yang berminat memasuki Sekolah Seni Malaysia pada tahun 2017? Berita baik seperti dipetik dari makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2017 melalui e-SSeMboleh dibuat mulai 1 April 2016 sehingga 31 Ogos 2016. Sekolah Seni Malaysia
Sekolah Seni Malaysia adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif. Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online
Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2017 yang boleh di mohon secara online. Tarikh Permohonan Dibuka
Tarikh Tutup Permohonan
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia 2017 :- - Warganegara Malaysia
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
- Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
- Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses
Syarat Kemasukan
- Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
- Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
- Mengemukakan rekod kesihatan murid
- Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga
Sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online, boleh hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni di talian 03-88721620 atau layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my.