Selain Semakan Ibu Bapa, sistem ini ada menyediakan informasi tentang panduan pengguna, muat turun gred pemarkahan peperiksaan terkini serta takwim peperiksan dalaman sekolah meliputi tarikh kemasukan data peperiksaan.
Cara Buat Semakan SAP Ibu Bapa Online
Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah dan cepat yang perlu diikuti oleh Ibu Bapa dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Online (SAPS) anak mereka. Untuk memastikan keputusan terkini dipaparkan, sila semak selepas markah keputusan peperiksaan terkini/ semasa habis dikemaskini.- Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- Terdapat beberapa Menu seperti Muat Turun, Uji Kelajuan, FAQ dan Semakan Ibu Bapa
- Klik Semakan Ibu Bapa
Langkah-Langkah Semak Slip Peperiksaan Pelajar
Selepas Klik Semakan Ibu Bapa, berikut adalah langkah-langkah seterusnya untuk membuat semakan SAPS.- Sila masukkan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa "-" atau "SPACE")
- Sila Pilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
- Seterusnya Pilih Tahun ( 2011 hingga 2016)
- Dan akhirnya klik butang SEMAK LAPORAN
Nota
Sistem SAPs bagi Sekolah Rendah hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6, manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.Tarikh Peperiksaan Dalaman Sekolah 2016
Untuk kemudahan ibu bapa, berikut adalah Takwim/ Jadual Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2016 mengandungi tarikh dan tarikh key-in markah ke sistem SAPS:-- Ujian Awal tahun
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Peperiksaan Percubaan
- Peperiksaan Akhir Tahun
Cara Hubungi
TALIAN SEMENTARA : 012-6497579Waktu operasi helpdesk SAPS
Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg
(kecuali cuti umum)
Rehat 1:00 ptg - 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari - 2:45 ptg)
Semoga kemudahan yang disediakan oleh KPM ini iaitu Semakan Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa dapat membantu Ibu Bapa dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran anak-anak mereka.